Friday, June 25, 2010
Perjumpaan PTA/PIGB telah diadakan pada 25 Jun 2010. Lebih kurang 70 orang ahli telah menghadiri majlis tersebut. Agenda utama ialah mengenai projek sekolah dengan kerjasama ibu bapa (Homelink). Projek tersebut memfokuskan mengenai projek membaca dalam bahasa Inggeris yang akan dijalankan oleh ibu bapa bersama anak-anak di rumah. Cara pelaksanaan projek tersebut disampaikan oleh Cikgu Hjh Norhayati. Melalui projek ini nanti, diharap akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Agenda diteruskan dengan menandatangani rekod kemajuan murid.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)