Thursday, May 21, 2015
Thursday, April 30, 2015
Monday, April 20, 2015
Wednesday, April 15, 2015
Thursday, April 24, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Test your Response time!
Click on "Start" first, and wait until the background color changes. As soon as it changes, hit "stop!"
Pada pertengahan 1954 Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, melalui Jabatan Pelajaran Brunei pada masa itu, yang kini dikenali dengan nama Kementerian Pendidikan telah meluluskan untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah sementara di Kampong Birau yang diketuai oleh Ketua Kampong Birau, iaitu, Awang Haji Ratu bin Ismail. Dengan kerjasama penduduk-penduduk kampung, iaitu, Kampong Birau, Kampong Kebia, Kampong Luagan Timbaran dan kampung-kampung yang berdekatan dengan Kampong Birau telah bersetuju mencari sebuah tapak tanah yang sesuai bagi mendirikan sebuah bangunan sekolah sementara di kampung ini, dengan tujuan membasmi buta huruf di kalangan penduduk kampung dan anak-anak mereka yang ketika itu bersekolah di luar kampung.
Pada 13 Ogos 1954 penduduk kampung mula bergotong-royong membina sebuah bangunan sekolah sementara, 4 bulan kemudian bangunan tersebut telahpun siap dan terlaksanalah sebuah impian mereka untuk mempunyai banguan sekolah di kampung mereka.
Pada 21 Januari 1955 bangunan sekolah sementara ini telah mula digunakan oleh murid-murid yang berdaftar ketika itu seramai 18 orang sahaja termasuk 2 orang murid perempuan serta guru Besar yang pertama bagi Sekolah Melayu Birau ialah Cikgu Haji Metamit bin Iradat. Pada 15 Februari 1955 pembukaan rasmi Sekolah Melayu Birau telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara Pg. Muda Hashim (almarhum Pg. Muda Haji Hashim bin Pg. Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pg. Anak Abd. Rahman)
Misi - Menyediakan pendidikan yang berkualiti melalui pengurusan.
Visi - Sekolah berkesan pendidikan cemerlang.
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP